Tuesday, April 29, 2008

Buah Katak Puru

Sebetulnya saya tidak tahu apakah nama saintifik buah ini. Nama lain bagi buah ini juga saya tidak tahu. Buah katak puru ini adalah nama yang diberikan di Negeri Kelantan, Malaysia.

Buah ini agak ganjil pada penglihatan saya. Kulit buah ini berkerutu sepeti kulit seekot katak puru. Tapi.... rasanya sungguh enak bila dimakan. Rasanya masam-masam manis bagi buah yang dah matang. Saya kira buah ini sejenis buah-buaha eksotik. Saya memang gemar memakan buah ini.

Saya agak hairan dan terkejut ada juga rakyat Malaysia yang tidak mengenali buah ini. Saya kira ada kebenarannya kerana yang tidak mengenalinya biasanya dilahirkan dan dibesarkan di kota. Oleh itu tidak hairanlah saya kalu mereka tidak tahu dan mengenalinya.

Pokok ini akan menghasilkan bunga di sepanjag batang pokok sebelum berbuah. Bunga ini akan bertukar menjadi buah yang akan bergantungan dibatang-batang pokok.

No comments: